Wednesday, July 09, 2008

Harun Rahmat - Blues Naik Minyak

BLUES NAIK MINYAK

Engkau mahu apa
Dari kata-kata
Engkau tahu apa
Dari jiwa luka

Najib beli senjata, rakyat jadi papa
Najib beli senjata, minyak naik harga
Najib beli kapal, rakyat kena jual
Sukoi, kapal selam, rakyat yang tenggelam
Kapal Selam teruk, Serupa besi beruk
Ubah gaya hidup, Najib hidup mewah
Rosmah ramah tamah, madahnya berhelah

Hidup hanya rupa
Sebentar tiada
Jalan sementara
Jangan ngada-ngada

Pak Lah memang payah, rakyatlah yang susah
Kalimullah sesah, Kamaruddin ratah
Paklah Layan anak, Mahathir naik lemak
Mirzan jual ubat, rakyat sakit tenat
Muhkriz aman-aman, tak usah lawan-lawan
Khairi jual projek pada Singapura
Kuan Yew dia respek, Khairi memang suspek
“Nori, Nori honey. Pak Lah, Pak Lah money.”

Siapa watak mana
Dunia pentas teater
Kita lakon dia
Saja suka-suka

Anwar jangan sibuk, jangan garuk-garuk
Tengok, jengok-jengok, mana yang berhabuk,
Kalau dah terhantuk tak guna nak mengamok
Lambat jadi bongkok, lemau tak mengaruk
Azizah tunjuk gagah, bukan suri rumah
Pimpin hingga rebah zalim dan yang salah
Lawan tetap lawan WAWI reformasi
Lawan tetap lawan WAWI reformasi






Raba-raba rasa
Riba-riba suka
Ribu-ribu bara
Rabak-rabak rasa

Khairy beli saham, tak ada tahan-tahan
Pak Lah tunggu ilham, tak ada keputusan
Rakyat makin geram, tak ada keadilan
Turun atas jalan, tak ada kegentaran
Tunjuk perasaan, tak ada ketakutan
Polispun menerkam, tak ada kemesraan
Gari dan belantan, tak ada kelembutan
Bantah! Bantah! Lawan! Tak ada penghabisan.


Mac-3.18ptg 18 April 2006
Ke eL Kota lumpur
Dideklamasikan di Perhimpunan PROTES 060708 Stadium MBPJ

www.kerbau.com/rahmatharon/2006/05/27/blues-naik-minyak/

Tuesday, July 01, 2008

Tolong~... Pencurik!!!

Umah aku tengah renovate. Tu pasal bersepah. Kalau tak renovate tak lah bersepah. Tapi aku bukan nak citer pasal umah aku bersepah.

Hari Ahad lepas, family aku sume pegi shopping beli lampu.
Nak letak kat porch baru. Porch baru, kenalah ada lampu baru.

Lepas shopping, kitorang balik umah.
Sampai umah, bapak aku berenti kereta depan pagar umah kitorang.
Sume orang pergi shopping tapi kat halaman rumah ada orang.
Ada budak tengah terhuyung-hayang angkat kepala valve paip yang diperbuat daripada besi yang beratnya sekampit beras.

Paip tu bapak aku punya.
Tapi seingat aku takde pulak adik-beradik atau sedara-mara rupa macam mamat tuh.

Abang aku turun dari kereta.
Panasss...
Minggu lepas ada orang nak kopak kotak Givi kat moto dia depan mata dia.
Hari ni ada budak nak cilok kepala paip besi galvani dengan berani di siang hari.
Hangin dia sudah mari...
Seingat aku, bapak aku bengis, tegas dan garang.
Tapi hari ni bapak aku cool aje. Abang aku pulak yang garang.

Abang aku jerkah dia.
"Hoi, ko nak bawak pergi mana tu?"
Budak tu tergamam, menggelabah, dan cuak.
Kalau aku jadik dia pun aku cuak.

Abang aku marah dan maki hamun tanpa henti.
Marah kat dia, lepaskan sekali marah minggu lepas sebab ada orang nak kopak moto dia.
"Ooo.. selama ni kau lah yg mencurik barang2 yg banyak hilang kat umah ni!..."

Dengan muka cuak, budak tu merayu dengan muka kesian...
"Bang, sumpah bang yg itu bukan saya buat. Saya first time datang sini, bang..."
"Saya insaf ni bang.. Tolonglah bang.."
"Kalau abang nampak saya datang lagi, abang belasahlah saya bang..."
"Tolong bang, pasni saya tak buat lagi..."
Pastu dia duduk, main pasir construction. Dah cuak, tak tau nak buat apa, main pasir.

Malam tadi birthday anak sedara aku. Aku jadik photographer event.
Bapak aku teringat dengan skil fotografi yg aku ada dan terbatas itu, lantas mengarahkan aku ambik gambar dia.

Klik! Klik! Klik!
Tak pasal-pasal aku terpaksa jadik reporter.
Bapak aku cakap: "Pasni kita hantar muka dia masuk akhbar sinar harian"

Budak tu cuak. Bangun, terus cabut lari.
Abang aku rilek je.
Pegi la lari, kalau ko tak lari pun kitorang tak tau apa nak buat dengan ko.
Pasni, kitorang nak upload gambar ko kat blog, tampal kat surau, masjid, dan kedai runcit.





Tapi...





Citer ni belum abis kat sini...





Semalam, bapak aku print gambar dia yang aku dah photoshopkan supaya clear dan terang.
Lepas tu, bawak pergi ke surau.
Imam surau tengok; "eh, aku kenal budak ni. aku pernah tangkap dia kopak rumah umno kat depan sana"
tetiba, budak tu lalu depan surau.
panjang umur. murah rezeki.

Pak Imam tu turun, panggil dia.
"Dik, jom kita solat sekali"
"Tak nak lah pakcik, seluar saya kotor ni," baik je dia menjawab.

"Eh, marilah sini kejap." pak imam tarik dia bawak pergi anjung surau. "Aku nak tunjuk ko sesuatu nih"
Wah, ada kenduri ke? mungkin itu kata budak tu dalam hati.

"Ko kenal tak budak dalam gambar ni?" Tanya pak imam.
Budak tu tengok muka dia dalam gambar.
Pastu geleng kepala.
"Tak, tak kenal"
pergh, tak kenal muka sendiri.

Pastu bapak aku tampil ke depan.
"Eh, ko kenal tak muka aku ni"
budak tu tergamam. menggeletar. cuak.
Muka sendiri dia tak kenal.
Muka pakcik haji yg baru jumpa kali kedua, dia boleh ingat plak.
Tanpa berlengah, dia buka langkah seribu.
Semua jemaah surau yang sedang lepak-lepak depan surau (apa kejadahnya lepak depan surau) turut tergamam.
Sah. Dialah pencurik. Pencurik yang bodoh.

Esok subuh, gambar kat papan kenyataan surau dah hilang.
Orang kampung sumer tak perlu upah penyiasat persendirian mahupun laporkan kepada Detektif Conan untuk mendapatkan jawapan siapa yang punya angkara.

Abang aku sekadar tersenyum sinis.
Puas.
Sebab budak tu tak tau.
kat kedai runcit kampung, ada satu lagi poster A3 dah tergantung malam tadi.
Dan pak imam yang pulak sanggup sponsor ganti poster hitam putih kat surau tu dengan printer bercolour.

Aku pulak tak puas hati macamana hasil gambar DSLR aku boleh blur dan kelam.
Kamera dah mahal.
Hasil tak memuaskan.

Bapak aku pulak sibuk berdebat dengan persatuan penduduk, menentang.
"tak payah... kita tak tak payah pasang cctv."
"kita beli dslr."