Thursday, November 29, 2007

Dakwah ibarat Mendaki Gunung

Dakwah ibarat mendaki gunung
Tinggi puncaknya, luas kakinya
(Tinggi cita-citanya, kuat asasnya)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Kita tahu ada puncaknya
Tetapi semasa mendaki, manalah nampak
Yang penting kita terus mendaki
(Kita tahu kejayaan Islam bakal menjelang)
(Tetapi manalah tahu bila masanya)
(Yang penting, kita terus beramal)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Terasa gah tatkala puncak ditawan
Tetapi sukarnya untuk didaki, hanya Allah yang tahu
(Terasa seronok jika Islam dapat menang)
(Tetapi sukarnya nak capai kemenangan, hanya Allah yang tahu)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Penunjuk jalan sudah jauh di hadapan
Kitakah harus mengejar langkah mereka
Kerana mereka tidak akan menunggu kita
(Para Rasul dan sahabat sudah memberikan teladan)
(Kita yang harus mengikut jejak langkah mereka)
(Dakwah cara mereka, bukan cara kita yang lembab dan slow!)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Terjumpa rintangan, ada banyak lagi jalan
Pantang berundur, sebelum sampai ke puncak
Bekalan perlu dibawa, tetapi hendaklah dikurangkan supaya ringan
(Dunia hanyalah alat, jangan pula mengejar dunia)

Dakwah ibarat mendaki gunung
Hanya yang nekad dan tekad akan sampai ke puncak
Yang gagal bertahan, bukan sahaja akan terkandas
Malah akan berguling semula jatuh ke bawah...

Mukhayyam Generasiku 1428H

Alhamdulillah, pada 14-16 November yang lepas kami telah berjaya menganjurkan Mukhayyam Generasiku bagi tahun 1428H
Selepas setahun tak bermukhayyam, tentulah aku seronok dan menjangkakan sesuatu yang menarik daripada mukhayyam kali ini...
Kelainan mukhayyam tahun ini ialah, lebih banyak aktiviti outdoor dan jauh lebih lasak kerana kami memanjat gunung pulak, hehehe...
Gunung yang menjadi sasaran kami ialah Gunung Nuang...

Inilah peserta-peserta brothers...
Malangnya mereka tak sempat sampai puncak sebab ada yang lemah mental, tak sanggup nak daki
Selepas pujuk, pujuk, pujuk... Akhirnya berjaya jugak kejar yang lain sampai Kem Pacat, final base before ke puncak
Yang mencabar ialah semasa pulang
Disebabkan hujan lebat, sungai menjadi sangat deras dan sukar diseberangi
Inilah ujian mental sebenar
Alhamdulillah berjaya jugak seberang, tapi jadual dah lari
Terpaksa menapak dalam gelap waktu malam sebab kandas di tepi sungai tadi petang
Tengoklah gambar tu
dah pakai flash pun air kelihatan mengalir sangat laju

Ini pulak sister-sister yang merungut kata dakian tak mencabar, selepas kami bawak ke kem pertama
Kami pun apa lagi, heret diorang sampai separuh jalan ke Kem Pacat
Baru mengah, menyumpah-nyumpah guide yang laju giler
Baru tergolek-golek diorang, sampai tersungkur-sungkur dibuatnya
Nasib baik tak cukup masa, kang sampai Kem Pacat kang, malu la brothers...

Ada peserta yang baru kali pertama sujud di atas lecak di tengah hutan
Baru terasa kemanisan ukhuwwah

Inilah dia 4 hero yang telah jadik ajk dan guide
Tak sia-sia bayar guide dua orang tu rm dua ratus lebih
Sebab diorang lah kami berjaya menyeberang sungai deras giler tu
Alhamdulillah, dengan izin Allah jua...