Tuesday, September 18, 2007

Ramadhan - satu titik perubahan

Alhamdulillah, bertemu kembali dengan Ramadhan...
Alhamdulillah, bertemu kembali dengan blog aku yg aku hampir lupakan dan sia-siakan...
(Lepas ni tunggu lagi 8 bulan aku update lah hahaha)

Seperti mana yang sering diperkatakan
Ramadhan merupakan satu titik tolak untuk kita berubah
Kerana pada bulan ini
Ganjaran dilipat gandakan
Syaitan pula dibelenggu
Oleh itu kita punya satu motivasi dalam satu suasana yang cukup kondusif untuk 'break away from our norm'...
Kiranya norma-norma harian kita sebelum ini banyak laghanya,
Maka tibalah masa untuk kita kurang-kurangkan...
Kiranya norma-norma kita sebelum ini ada secebis amalan
Maka tibalah masa untuk kita timbun-timbunkan dan banyak-banyakkan...

Jom kita semak balik apa amalan-amalan yang boleh kita lipatgandakan...
Solat - pergi masjid sebelum azan, jamaah di masjid, solat sunat
Qiam - sementara bangun sahur setiap pagi, training solat sunat at least 2 rakaat sebelum sahur
Tadarus al-Quran - train baca 1 juz sehari, supaya lepas Ramadhan boleh buat at least 5 page sehari
Infaq - train sedekah rm50 untuk bulan ni kat palestin boleh buat ke? jom try test tengok...

Amalan-amalan yang boleh try kurangkan:
Tengok citer korea - sedar2 bahawa korea adalah most westernized asian country.. seks bebas merata-rata dan dilaporkan oleh kawan yg dah pergi korea - adegan2 ranjang sudah boleh ditayangkan di national television (cheist, macam kat barat la plak). Korang sepatutnya boleh perasan bila tonton citer2 korea memang dah menuju ke arah tu
Tengok movie atau drama bersiri - citer2 tu memang best tapi kenalah belajar kurang2kan (uhuhuhu) sebab kalau dah datangnya dari barat pasti ada unsur yang tidak sihat (betul tu!)
Tengok hiburan dari jepun - anime, drama, morning musume etc. - hm memang susah nak buang terus tabiat tu tapi kalau boleh kurangkan kita dah save banyak masa untuk buat kerja dakwah
Main game - alhamdulillah aku berjaya kikis sket tabiat ni sem ni. dulu masa sekolah agak gila game jugak aku ni hehehe. tapi bersyukur gak sebab dengan main game boleh belajar banyak ilmu yang tiada dalam buku teks. Contohnya main counter strike boleh berangan jadi mujahiddeen.. (eh aku ni nak promote ke nak tolong kurangkan)


hmm
rasanya tu je untuk entry kali ni...
jom amalkan
tak guna citer banyak tapi tak mau buat.
Bawak2lah sedar yang umur kita ni dah meningkat - dah nak keluar bekerja dan bergaul dengan masyarakat. kalau kahwen dah boleh jadi mak bapak orang dah... huh!
hidup tak panjang. banyakkan beramal.
Islam kian tertindas. March or Die!!...