Saturday, December 02, 2006

Kawan-kawanku Sudah Berkeluarga

Alhamdulillah, semalam aku baru lepas menghantar kawan sekolah aku, Akob ke majlis pernikahannya dgn gadis pilihannya, Maryam Aizuddin di Masjid Batu Belah, Klang.

Alhamdulillah, majlis yang berlangsung dengan sederhana, tapi sangat bermakna.
Bermakna sebab aku dapat jumpa kawan2 sekolah yg memang bukannya senang kami nak berkumpul kalau takde apa-apa event.

Sebelah malam pulak sempat singgah tengok baby Apap yg baru lahir bulan lepas. Pastu dapat pulak main2 dan tengok telatah anak sulungnya Sumaiyyah yang baru berusia 13 bulan.

Pastu pulak kaka si Akob,Nurhani tengah sakit nak bersalin kat hospital...
Double joy for his family, dapat menantu dan cucu baru dalam masa serentak...

hohoho...kawan-kawan aku semua dah besar panjang...
Dah berkeluarga...

Kat sini aku cuma nak share...
Kawan-kawan kat studio semua pelik sebab aku asyik dapat jemputan kahwin daripada kawan-kawan...
Pasal adasesetengah tu belum ada lagi kawan yang dah berkahwin...
Diorang cakap - budak2 sekolah Al-Amin - sekolah agama generally - memang kahwin awal, ye?
Apa budak2 sekolah agama ni tak tahan nafsu, ke?

Sebenanrnya bukan tak tahan nafsu...
Tapi,menyalurkannya melalui jalan yang betul...

Kalau korang nak tahu, semua kawan-kawan aku yang dah kahwin tu rata-rata mana ada yang bercinta sebelum kahwin...
Semuanya bila hati dah suka,terus terang dengan mak ayah, tunang, pastu kahwin...
Adakah itu dikatakan sebagai taktahan nafsu?
pada aku,kalau minat kat seseorang,approach dia,pastu bercinta dengannya sedangkan diri masih belum bersedia nak kahwin,itulah yang tak tahan nafsu...
Tak matang...

Kawan-kawan...
Bilamanusia bercinta,mereka jarang membuat pilihan yang cukup teliti...
Sebab mereka tidak memikul sebarang tanggungjawab...
kalau tak sesuai,tak serasi,boleh putus di tengah jalan...

Tapi kalau kita nak pilih isteri,
mestilah kita akan pilih dengan sehabis teliti...
Sebab wanita inilah yang akan jadi teman hidup kita dunia akhirat...
Wanita inilah yang akan mengandungkan dan melahirkan anak-anak kita...
Wanita inilah yang akan menjadi suri rumah kita...
Wanita inilah yang akan kita habiskan sepanjang hayat kita bersamanya...

Kawan-kawan aku kalaunakkahwin,
beritahu mak ayah...luahkan hasrat pada mak ayah si perempuan...
malah bila dah bertunang pun masih jaga batas-batas...
bukan boleh sms dan telefon suka-suka hati...
apa-apa hal,melalui mak ayah...
sihat sakit susah senang dia,bukan hak kita untuk ambil berat lebih2 sebab dia belum jadi isteri kita...
kita tak tanggung makan-minum, dosa pahala dia lagi...
so,melalui mak ayah lah...
kalau ada yang penting sangat, baru berhubung...

Aku dapat lihat...
betapa cantik, suci dan murninya rasa cinta mereka selepas mereka berkahwin...
Macam kita beli barang,mesti nak beli yang masih elok rapi...bukannya yang dah jadi bahan display...
kalau beli suratkhabar dengan buku ,nak cari yang tak terlipat2 kat tepi...
nak beli perkakas elektrik,beli yang terbungkus rapi kat dalam kotak...

oh, indahnya andai seluruh masyarakat zaman sekarang dapat lihat keindahan cinta selepas kahwin ini...
sebagai orang yang mungkinpernah tergelincir dalam dunialagha,aku dapat bezakan dengan jelas...
sebab itu aku taknak adik2 yang masih muda, especially yang dapat didikan agama dan tarbiyyah ikhwah...
terjerumus dalam lembah yang aku pernah terjerumus ke dalamnya...
sehabis daya aku akan cuba fahamkan mereka...
kerana cinta sebelum kahwin itu akan menghakis amalan kita sepertimana asid menghakis bahan-bahan di sekelilingnya...

percayalah!