Tuesday, January 24, 2006

Study Trip to Singapore

Di depan the Merlion

Alhamdulillah malam tadi kami selamat tiba di UIA selepas empat malam berkelana ke Pulau Temasik - Singapura...
Tujuan kami tidak lain dan tidak bukan adalah tujuan yang murni - untuk menuntut ilmu menambahkan pengetahuan dan memperkayakan pengalaman

Singapura telah banyak berubah sejak pulau Temasik diduduki oleh Sang Nila Utama.
Kota Singa diberi nama - dalam bahasa Sanskrit Singa Pura - arakian tatkala tibanya Sang Nila Utama ke sana, dilihatnya seekor singa di sana.
Mungkin Temasik hanyalah berupa sebuah pulau di hujung pulau besar Asia, hanya secebis jika dibandingkan dengan Tanah Melayu...
Tetapi Temasik terkandung di dalamnya potensi yang besar, jauh melampaui kehebatan yang terkandung dalam sebuah negara sebesar Malaya...
Ironinya, dahulu Temasik itu sendiri merupakan sebahagian daripada Malaya, dan pernah sama-sama dijajah oleh British...
Tetapi kemajuan dan kecekapan yang dimiliki oleh Temasik pada masa kini jelas tidak tertanding oleh mana-mana pekan, kota dan bandar di Malaysia...

Datang hinggap sebentar di Pulau Selatan, aku termangu dan tergamam dengan situasi yang kulihat...
Bandar yang bersih, rakyat yang berdisiplin, serta pemimpin yang mengetahui segala selok-belok dalam celah mana sekalipun di republiknya...
Sebagai seorang pelajar dalam jurusan senibina, aku tahu bahawa betapa dalamnya kearifan mereka terhadap negara mereka sendiri, kerana mereka mampu membuat model seluruh tanah Singapura...
Sedangkan di Kula Lumpur sendiri, aku sendiri terlibat sama dalam bancian bangunan untuk DBKL beberapa bulan yang lepas, kerana DBKL sendiri masih belum memiliki dokumen lengkap seluruh Kuala Lumpur...
Dan kini kutahu betapa malunya kami, penaung asal Kota Singa, terhadap jiran kerdil kami...
Kini kutahu, betapa kerdilnya aku, seorang pelajar yang kononnya mendalami bidang senibina, sedangkan pengetahuan aku hanyalah secebis daripada pelajar paling hina dalam jurusan yang sama di Singapura...

Sesungguhnya Singapura meruypakan sebuah model berskala 1:1, direkabentuk dengan penuh teliti, dan dibangunkan, serta dinikmati oleh seluruh rakyat dan pengunjung yang mendatanginya...

Arghh!!! Habis duitku!!!

Di depan the Esplanade bersama kawan-kawan...

Tuesday, January 17, 2006

Happy 23rd Birthday to Me!

Biarlah aku menggapai impianku...


Kan kupaut erat merasai dan menghargai


Semoga aku akan tersenyum tatkala berjaya menggapai kejayaan demi kejayaan!

14 sms
11 live wish
A picture message from dr Norwina
A birthday present

and...
A birthday song from a group of 50 friends

THANK YOU SO MUCH!!!
I LOVE YOU ALL!!!

Monday, January 09, 2006

Ali Café Incident

Alkisah, tersebutlah suatu kisah..
Di satu Subuh yang hening, al-Fadhil ibnu Jaffar sedang melelapkan mata menidurkan diri memimpikan indah...
Di dalam bilik cantik terhias di mahallah tersergam Ali namanya...
Di sebelah café makmurlah adanya dengan pelanggan seantero dunia...
Tiada jua pernah sunyi dan lengang sentiasa sibuk di malam hari...
Nasi goreng Abé Héng mahupun roti canai pisang ataupun 'ice blended mango'...
Semuanya menjadi juadah dan jamuan selera penduduk setia Taman Ilmu dan Budi...

Arakian telah ditakdirkan Tuhan,
Bencana hendak menimpa,
Mala petaka mara bahaya tetap kan tiba...
Gerangan siapakah yang mampu menahan?

BEDEBANG!!!
Berdentum-dentam bunyi hentaman gerangan apakah di subuh hari?
Bikin kacu orang nak tidur pun tak boleh hati pun tak senang!

al-Fadhil terjaga lalu terputus segala mimpi indah ceria
Lantas ditunyih mata kerana pedih sakit ngantuknya tak sirna lagi...
Dibuka tingkap dijenguk kepala dilempar pandangan
Nun di sana sebiji kereta telah terbabas merempuh parking motosikal adanya...
Habis ranap segala tiang bersepah-sepah seperti kaca berderai...

'Ya Allah! gila apakah ini?...'
Lantas al-Fadhil bangkit segera ditunaikan kewajipan Subuh...
Hari mula semakin cerah Fadhil pun lantas mencapai kamera
Dipukul habis segala gambar segenap penjuru
Tetapi jangankan orang bayang pemandu pun tak kelihatan lagi
al-Fadhil hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala
dua tiga biji motor yang tidak berdosa menjadi mangsa...
Nak kata parking lupa tarik handbrake takkan sampai macam ni?...
'Steel column bolted into concrete' pun boleh terburai bersepah-sepah seperti pasir di tepi pantai?
Junuun wa Majnuun!

al-Fadhil termenung terpinga-pinga tergaru-garu jerawat di muka
Mungkin ini penangan autoshow budak engitex buat drift berlumba
pemandu terliur mencuba kemahiran dan kelincahan yang ada
Tapi tersilap teknik tersilap langkah tersalah pulas stereng dan tayar
Bagai silat yang hilang kuda dan serabut bunganya
Mungkin itulah kiasan yang boleh diberi kepada peristiwa...

*Diceritakan semula oleh penulis secara bebas hasil nukilan lisan al-Fadhil sendiri

Lihatlah betapa durjananya bala yang menimpa

Proton Wira pun nak parking kat sini?

Habis dua tiga biji motor yang parking kat situ

Lampu kalimantang - satu-satunya mangsa yang terselamat!

Saturday, January 07, 2006

Arch@is Grand Gathering 2006

Bergambar kenangan dengan komiti Arch@is 2006

Alhamdulillah dengan selamatnya Arch@is Grand Meeting telah berjaya dianjurkan selepas 'hilang' dari muka bumi KAED selama 2 tahun lamanya...
Selaku pengarah program, tiada yang lebih lega selain dengan selesainya penganjuran program...
Walaupun berlaku sedikit masalah...

Sebenarnya, virtually, gathering ini telah diusahakan oleh 2 orang sahaja - aku dan Salman...
Dengan dibantu oleh Mojat dan Hisham...
Disokong pula oleh Suhaimi...
Dan lain-lain yang telah banyak membantu...
Walaupun dengan sekadar memotong handout...
Walaupun dengan sekadar menuangkan air...
Walaupun dengan sekadar menghadirkan diri...
Semua itulah yang telah memungkinkan kejayaan program ini...

Aku telah kelam kabut dengan projek-projek studio disebabkan oleh gathering ini...
Sejak idea mula dikeluarkan,
Sehingga nomination form diterbitkan...
Hinggalah voting dijalankan...
Tak lupa juga, tatkala undi dikira...
Kali ini, grand gathering ni...
Semuanya telah 'mencuri' masa berhargaku..
Semuanya telah 'mengambil' waktu berhargaku...
Tapi aku tak sesal...
Sebab masa berhargaku telah digantikan dengan pengalaman berharga...

Semoga Tan Sri Fudzail dan rakan-rakan akan dapat membawa Arh@is ke satu mercu yang baru...
Arch@is telah lama tidur...
Sekarang masanya untuk bangkit semula...
Kerana dahulu Archa@is bukan setakat berjaga,
Malah telah berdiri di puncak sana...

Sedang mencari sesuatu - my precious precious Soul,
al-`Aajily

antara yang hadir

Sesi pemilihan Head Delegate ke XiX architecture workshop